Thursday, January 13, 2011

DIA

Sejak kebelakangan ni, aku memang rapat dengan seseorang bernama A. Aku mula kenal dia masa aku terlibat dalam satu pameran di Melaka. Dia pun bertugas jaga pameran gak. tapi syarikat lainle. Pada mulanya, mata aku terpanar dan terpaku melihat kawan dia (memang preference aku lew). Ke hulu ke hilir budak ni duk lalu depan pameran aku. Ntah apa yang dicari pun aku tak tahu. Tetiba, dia bawak kawan dia plak melalu lalang. Dan.. kawan dia tu la si A. Akhirnya, dua-dua menyinggah tempat kitorang. Aku cuba amati muka si A ni. Beb, aku macam penah tengok dowh muka si A ni. Tapi disebabkan dua-dua ni sangat la gojes dimata aku, aku segan le nak bertegur and bertanya. Just senyum-senyum je layan diorang sebagai pengunjung kami. Diorang ni suka main games interactive kat pameran aku tu. So ada la dua tiga round duk bermain. Dan selepas kebosanan baru le si A ni datang ke bahagian aku. Time tu aku kena jaga Lakaran Digital (Digital Skecthes) khas ntuk designer2 wat melukis. Si A ni mula la duk mencuba. Dari situ le terbinanya perkenalan aku ngan dia.

Huh, memang tepat la ramalan aku. Aku pernah tengok dia. Masa tu dia baru je form 5 dan aku kena handle satu event dimana dia jadi peserta dan aku lak jadi krew. Huh.. Kecoh le gak sembang ngan dia. tapi aku tak sure dia ingat aku ke tidak. Dia ada gak bagitau yang dia cam aku. Erm.. boleh caya ke tidak ni. Aku ni tak le hensem pun sehingga mampu menarik perhatian sekeliling.


Ada peristiwa lucu berlaku sepanjang aku bertugas kat situ. Si A ni ada la lebih sepuluh kali kot duk lalu lalang depan booth aku. Memang nampak sangat nak tarik perhatian. Aku tau le dia gojes. Aku pun pelik, pekehe dia duk menyinggah tak abis-abis. Curi tulang ke dia? Tiap kali dia nampak aku, mesti dia datang kat aku mencuba-cuba alat tu and menyembang. Huh.. memang banyak cakap gak le dia ni. Ada sekali tu, aku pegi tandas. Then bila aku balik semula ke tapak pameran, team aku si N bagitau ada 'sorang' insan ni sibuk mencari aku. Si N ni ada gak tanya insan tu. "Cari Engku ke?" Alih-alih dia cakap cari aku. Terkelu jap si N tu sebab si Engku ni hot. Selalu ramai orang cari dia. Rupa-rupanya cari aku yang insan biasa ni. Huh.. aku memang happy le gak sebab dapat kenal ngan dia. Takde le boring sangat aku kat pameran tu.

Hingga ke hari akhir, kitorang selalu bersama. Rasa sedih gak sebab akan berpisah ngan dia time tu. Ntah jumpa lagi ke tidak. Selalu habis macam tu je. Tapi aku sempat hulur business card aku pada dia dan dia pun bagi no telefon dia. Yang bestnya, sebelum kitorang nak packing barang, dia sekali lagi remind aku dah save belum ni HP. dia. Seolah-olah dia tak yakin aku ni dah save no. dia. tak sangka gak dapat bertemu dia.

To be continued....

Sambung balik lepas Solat Jumaat ni. Hehehe.. Aku bercerita untuk diri aku agar aku terus mengingati saat-saat aku mengenali dia. Yup, aku tak tahu hujung pangkal perhubungan aku dengan Si A ni, tetapi sekurang-kurangnya buat masa sekarang aku dapat mencoret cerita yang berlaku dalam hidup aku. Next event dekat Bukit Jalil, sekali lagi aku ditugaskan menjaga booth. Hari pertama, aku tak nampak kelibat dia. Ada gak le mata aku melilau kiri dan kanan tapi tak kelihatan. So, aku taknak le terlalu berharap. Maki mmg ada berhubung selepas tamat program kat Melaka tu. katanya, insyaALLAH dia akan follow lagi event kat Bukit Jalil. Aku teruskan pekerjaan aku. Menerangkan serba sedikit fungsi syarikat aku pada orang yang datang berkunjung. Alih-alih, Si A datang menerpa aku. Huh.. Jumpa jugak akhirnya. Dia kata dari pagi dia memang dah nampak aku. Katanya aku pakai topi time tu. Huh.. Aku terkejut gak le sebab rupa-rupanya dia pun sama mencari-cari aku.

Seperti biasa, bila dah jumpa dia asyik berkepit dengan aku sehinggakan kawan (geng sekerja dia) cakap kat aku yang si A ni tak sabar-sabar nak jumpa aku. Wow.. terharu giler. Ada gak sekali tu kawan sekerja dia sampai datang ke booth aku sebab nak sound dia yang asyik mengular datang kat booth aku. Padan muka dia time tu kena perli dek kawan-kawan dia. Malu gak muka dia time tuh. Terus dia balik semula ke booth dia. Aku pun demi menjaga dia, ada le gak jenguk dia. Tanya tentang bisnes apa yang dia duk promotekan tuh. kali ni, perjumpaan kami tak sehangat di Melaka. Aku pun tak dapat lama kat situ sebab kena balik kampung keesokan hari. Aku tak sempat nak say good bye pada dia sebab kelam kabut nak ke airport naik flight petang dalam pukul 4 petang. So, dalam pukul 12pm aku ngan adik aku terus amik LRT Star ke KL Sentral. So, habis le cerita aku untuk sesi di Bukit Jalil.

Tak lama selepas tu, aku ditugaskan membuat promosi merata-rata tempat. Lokasi terakhir di Kota Kinabalu. Aku tak sangka, aku menerima panggilan telefon daripada dia. Rupa-rupanya dia masih ingat kat aku. Banyak benda yang kami sembangkan melalui SMS dan call. Sehingga aku balik ke Semenanjung, kami plan nak berjumpa. Agak payah untuk mengatur pertemuan hingga la pada 24 Disember malam Krismas, dia mengajak aku lepak di Mid Valley Megamall. Katanya dia kebosanan. Kebetulan, aku tidor je petang tu. dapat je sms dia, terus aku setuju, bingkas bangun mandi menyiapkan diri. Kami berjumpa lebih kurang pukul 9 malam dan menunggu wayang pukl 12 malam. Bayangkan dalam tempoh tersebut, kami banyak berkonsi cerita dan cuba mengenali antara satu sama lain. yang tak bestnya, kitorang tersalah pilih movie. Hampes betul. Time tu tengok movie cina Vampire Worrior. Kitorang gelak je dalam wayang sebab tersalah pilih cerita. Lebih kurang pukul 2 pagi, masing-masing bawa diri. Heheheheh

Indah sunggu malam tersebut. Setelah sekian lama aku menyepi tak mempunyain sebarang teman istimewa. tapi.. dia bukan la teman istimewa aku tapi dia mampu memberi aku kebahagian dan buat aku tersenyum sepanjang masa sekaligus dapat melupakan masalah-masalah cinta aku yang tak menjadi. Perhubungan berterusan dengan sms dan panggilan telefon. Hinggalah pertemuan seterusnya bila dia inform dia nak mengajar kat pusat tuisyen aku. Mulanya aku tak berapa yakin sebab dia stay kat Kajang. Aku plak kat Shah Alam. Takkan nak travel every week semata-mata nak ngajar tuisyen for a two hours?? tapi dah tu kehendak dia.. Takkan aku nak menghalang. Memang aku berharap dia dapat mengajar sebab boleh le aku jumpa dia tiap minggu tapi aku kena bertindak adil. Takpe lah.. dia dah putuskan nak mengajar jugak!

Malam pertama dia mengajar. Huh.. dia datang lambat! Sentap! tapi aku paham. Dia jauh. Naik motor. Hujan plak tuh. Seksa beb! aku tanya dia banyak kali dah! tapi dia nak jugak datang. Aku pun tunggu la dia. Memang kami lambat sampai. dah le first day buka kelas tahun ni. Kesian adik aku kelam kabut uruskan tuisyen seorang diri. dengan parents yang datang mendaftar. Urusan kelas murid-murid. hehehe.. tapi aku respect adik aku. Semua setel! Malam tu kami tak dapat nak spend night together ( I mean sembang2 lepas abis ngajar) sebab dia kena gi KL nak hantar barang kiriman mak dia pada seseorang. Tapi alhamdullilah.. dapat jugak aku bertemu dia. Banyak gak kenangan malam tu berlaku. Yang paling aku terharu, masa sembang2 dalam kereta, dia tak sabar nak update kat FB yang dia kini bergelar Tutor. Aku pesan kat dia bagi gak kredit mention kat aku! Hahah! Masa aku berhenti kat station minyak, lepas isi semua, aku masuk le dalam keta. dari kejauhan aku nampak dia membelek2 something dalam wallet dia. Rupa-rupanya dia tengah mengemas resit bayaran tuisyen untuk malam tersebut. Alah RM30 je untuk dua jam. Dia kata, dia nak frame resit tersebut seolah-olah dia sangat sayang dan menghargai bayaran tersebut. Aku bukan main touching beb! Resit je pun! takde maknanya nak frame-frame! Dia kata, dia suka kumpul resit. pastu dia tunjun berpuluh-puluh resit dalam wallet dia. Memang tebal! hahaha! lawak plak!

Itulah kisah malam pertama dia mengajar di tuisyen aku. Walaupun dia agak ranggi untuk bergelar guru tuisyen, tapi melalu maklum balas bebudak tusiyen, diorang suka kat cikgu A ni. Gojes katanya!! Hahahah...

No comments:

Post a Comment