Kenapa dalam dunia ni ada manusia yang jenis busuk hati yer??? Sakit hati betul la ngan orang-orang macam ni. Aku tak tau apa masalah yang aku buat sampai asyik nak cari pasal ngan aku. Teruk betul la kerja dalam environment macam ni. Aku tak kisah kalau dia pangkat manager atau director. Ni kerani cabuk je pun. aku naikkan skit martabat dia, KERANI KANAN sebab dah keje kat sini berbelas-belas tahun. Aku bukan nak menghina tapi sedar la diri skit. Kakak-kakak aku pun level kerani gak tapi takde le perangai macam ni. Aku sedih betul la. At least respect la aku skit. Walaupun aku muda tapi kena ingat, pangkat aku lagi tinggi daripada ko. Susah payah aku belajar sampai ada ijazah sumer.
Kesnya hari ni.. macam siyot. Memula aku masuk keje sini, takde pun diorang nak jaga kebajikan aku. Aku masuk je, meja aku bersepah-sepah. Meja yang dah nak kena buang dah. Aku gak yang bersusah payah cari meja yang elok skit kat belakang setor nuh. Kusi aku?? Huh.. nanti aku paste gambar kusi tuh.. tengok le sendiri kerusi yang diorang kasi kat aku. Atas keprihatinan ada sorang kakak ni, dia berusaha cari kerusi yang elok skit untuk aku. Kebetulan ada satu kerusi tak pakai dalam bilik meeting. So, dia bagi aku guna. Alih-alih hari ni, akak tu bisik kat aku, Mr. Kerani Kelas Atasan tu kata nak suh aku tukar kerusi 2nd hand kat belakang setor. Kusi tu baru je sampai dari ibu pejabat kitorang. Memang kusi baru sampai tapi bukan kerusi baru yer.. kusi 2nd hand untuk budak-budak praktikal. Sedih la beb... Kenapa time aku bagi notis 3 bulan diorang tak prepare barang-barang aku? Lama tu 3 bulan! Masa aku masuk, aku guna barang-barang terpakai je. percaya tak, sampai sekarang PC yang aku guna ni pun aku login nama staf lain. betapa diorang tak prepare pepe untuk aku.
Aku tak salahkan syarikat ni, tapi aku salahkan sikap-sikap sesetengah manusia yang tunjuk pandai tapi tak berapa pandai. Aku ingatkan diorang level abang-abang (boleh kata abah-abah dah pun) dengan harapan boleh bagi tunjuk ajar sebaliknya bila kita nak tunjuk pandai skit diorang ingat kita nak ajar diorang. Hampes!!! Kitorang bukan nak tunjuk pandai, tapi seiring dengan perkembangan dunia sekarang, sesuai la dengan idea-idea kitorang. Ni tidak, duk guna idea diorang yang dah berbelas-belas tahun. Towards the end, aku duduk je buat keje aku. Time interbiu dulu, macam-macam aku tunjuk kebolehan aku, alih-alih masuk sini, semua kena perap je.
Sedihnya...