Monday, January 17, 2011

DATING

Ops.. semalam aku dating. Dia berminat nak mengenali aku and decide to know me. Then, jumpa je le kat Sunway Piramid. Tak jumpa kecik hati plak. Sepanjang mengenali dia. Hoho.. Dah lama sembang ngan dia, ops.. Dia suka aku beb!

Thursday, January 13, 2011

DIA

Sejak kebelakangan ni, aku memang rapat dengan seseorang bernama A. Aku mula kenal dia masa aku terlibat dalam satu pameran di Melaka. Dia pun bertugas jaga pameran gak. tapi syarikat lainle. Pada mulanya, mata aku terpanar dan terpaku melihat kawan dia (memang preference aku lew). Ke hulu ke hilir budak ni duk lalu depan pameran aku. Ntah apa yang dicari pun aku tak tahu. Tetiba, dia bawak kawan dia plak melalu lalang. Dan.. kawan dia tu la si A. Akhirnya, dua-dua menyinggah tempat kitorang. Aku cuba amati muka si A ni. Beb, aku macam penah tengok dowh muka si A ni. Tapi disebabkan dua-dua ni sangat la gojes dimata aku, aku segan le nak bertegur and bertanya. Just senyum-senyum je layan diorang sebagai pengunjung kami. Diorang ni suka main games interactive kat pameran aku tu. So ada la dua tiga round duk bermain. Dan selepas kebosanan baru le si A ni datang ke bahagian aku. Time tu aku kena jaga Lakaran Digital (Digital Skecthes) khas ntuk designer2 wat melukis. Si A ni mula la duk mencuba. Dari situ le terbinanya perkenalan aku ngan dia.

Huh, memang tepat la ramalan aku. Aku pernah tengok dia. Masa tu dia baru je form 5 dan aku kena handle satu event dimana dia jadi peserta dan aku lak jadi krew. Huh.. Kecoh le gak sembang ngan dia. tapi aku tak sure dia ingat aku ke tidak. Dia ada gak bagitau yang dia cam aku. Erm.. boleh caya ke tidak ni. Aku ni tak le hensem pun sehingga mampu menarik perhatian sekeliling.


Ada peristiwa lucu berlaku sepanjang aku bertugas kat situ. Si A ni ada la lebih sepuluh kali kot duk lalu lalang depan booth aku. Memang nampak sangat nak tarik perhatian. Aku tau le dia gojes. Aku pun pelik, pekehe dia duk menyinggah tak abis-abis. Curi tulang ke dia? Tiap kali dia nampak aku, mesti dia datang kat aku mencuba-cuba alat tu and menyembang. Huh.. memang banyak cakap gak le dia ni. Ada sekali tu, aku pegi tandas. Then bila aku balik semula ke tapak pameran, team aku si N bagitau ada 'sorang' insan ni sibuk mencari aku. Si N ni ada gak tanya insan tu. "Cari Engku ke?" Alih-alih dia cakap cari aku. Terkelu jap si N tu sebab si Engku ni hot. Selalu ramai orang cari dia. Rupa-rupanya cari aku yang insan biasa ni. Huh.. aku memang happy le gak sebab dapat kenal ngan dia. Takde le boring sangat aku kat pameran tu.

Hingga ke hari akhir, kitorang selalu bersama. Rasa sedih gak sebab akan berpisah ngan dia time tu. Ntah jumpa lagi ke tidak. Selalu habis macam tu je. Tapi aku sempat hulur business card aku pada dia dan dia pun bagi no telefon dia. Yang bestnya, sebelum kitorang nak packing barang, dia sekali lagi remind aku dah save belum ni HP. dia. Seolah-olah dia tak yakin aku ni dah save no. dia. tak sangka gak dapat bertemu dia.

To be continued....

Sambung balik lepas Solat Jumaat ni. Hehehe.. Aku bercerita untuk diri aku agar aku terus mengingati saat-saat aku mengenali dia. Yup, aku tak tahu hujung pangkal perhubungan aku dengan Si A ni, tetapi sekurang-kurangnya buat masa sekarang aku dapat mencoret cerita yang berlaku dalam hidup aku. Next event dekat Bukit Jalil, sekali lagi aku ditugaskan menjaga booth. Hari pertama, aku tak nampak kelibat dia. Ada gak le mata aku melilau kiri dan kanan tapi tak kelihatan. So, aku taknak le terlalu berharap. Maki mmg ada berhubung selepas tamat program kat Melaka tu. katanya, insyaALLAH dia akan follow lagi event kat Bukit Jalil. Aku teruskan pekerjaan aku. Menerangkan serba sedikit fungsi syarikat aku pada orang yang datang berkunjung. Alih-alih, Si A datang menerpa aku. Huh.. Jumpa jugak akhirnya. Dia kata dari pagi dia memang dah nampak aku. Katanya aku pakai topi time tu. Huh.. Aku terkejut gak le sebab rupa-rupanya dia pun sama mencari-cari aku.

Seperti biasa, bila dah jumpa dia asyik berkepit dengan aku sehinggakan kawan (geng sekerja dia) cakap kat aku yang si A ni tak sabar-sabar nak jumpa aku. Wow.. terharu giler. Ada gak sekali tu kawan sekerja dia sampai datang ke booth aku sebab nak sound dia yang asyik mengular datang kat booth aku. Padan muka dia time tu kena perli dek kawan-kawan dia. Malu gak muka dia time tuh. Terus dia balik semula ke booth dia. Aku pun demi menjaga dia, ada le gak jenguk dia. Tanya tentang bisnes apa yang dia duk promotekan tuh. kali ni, perjumpaan kami tak sehangat di Melaka. Aku pun tak dapat lama kat situ sebab kena balik kampung keesokan hari. Aku tak sempat nak say good bye pada dia sebab kelam kabut nak ke airport naik flight petang dalam pukul 4 petang. So, dalam pukul 12pm aku ngan adik aku terus amik LRT Star ke KL Sentral. So, habis le cerita aku untuk sesi di Bukit Jalil.

Tak lama selepas tu, aku ditugaskan membuat promosi merata-rata tempat. Lokasi terakhir di Kota Kinabalu. Aku tak sangka, aku menerima panggilan telefon daripada dia. Rupa-rupanya dia masih ingat kat aku. Banyak benda yang kami sembangkan melalui SMS dan call. Sehingga aku balik ke Semenanjung, kami plan nak berjumpa. Agak payah untuk mengatur pertemuan hingga la pada 24 Disember malam Krismas, dia mengajak aku lepak di Mid Valley Megamall. Katanya dia kebosanan. Kebetulan, aku tidor je petang tu. dapat je sms dia, terus aku setuju, bingkas bangun mandi menyiapkan diri. Kami berjumpa lebih kurang pukul 9 malam dan menunggu wayang pukl 12 malam. Bayangkan dalam tempoh tersebut, kami banyak berkonsi cerita dan cuba mengenali antara satu sama lain. yang tak bestnya, kitorang tersalah pilih movie. Hampes betul. Time tu tengok movie cina Vampire Worrior. Kitorang gelak je dalam wayang sebab tersalah pilih cerita. Lebih kurang pukul 2 pagi, masing-masing bawa diri. Heheheheh

Indah sunggu malam tersebut. Setelah sekian lama aku menyepi tak mempunyain sebarang teman istimewa. tapi.. dia bukan la teman istimewa aku tapi dia mampu memberi aku kebahagian dan buat aku tersenyum sepanjang masa sekaligus dapat melupakan masalah-masalah cinta aku yang tak menjadi. Perhubungan berterusan dengan sms dan panggilan telefon. Hinggalah pertemuan seterusnya bila dia inform dia nak mengajar kat pusat tuisyen aku. Mulanya aku tak berapa yakin sebab dia stay kat Kajang. Aku plak kat Shah Alam. Takkan nak travel every week semata-mata nak ngajar tuisyen for a two hours?? tapi dah tu kehendak dia.. Takkan aku nak menghalang. Memang aku berharap dia dapat mengajar sebab boleh le aku jumpa dia tiap minggu tapi aku kena bertindak adil. Takpe lah.. dia dah putuskan nak mengajar jugak!

Malam pertama dia mengajar. Huh.. dia datang lambat! Sentap! tapi aku paham. Dia jauh. Naik motor. Hujan plak tuh. Seksa beb! aku tanya dia banyak kali dah! tapi dia nak jugak datang. Aku pun tunggu la dia. Memang kami lambat sampai. dah le first day buka kelas tahun ni. Kesian adik aku kelam kabut uruskan tuisyen seorang diri. dengan parents yang datang mendaftar. Urusan kelas murid-murid. hehehe.. tapi aku respect adik aku. Semua setel! Malam tu kami tak dapat nak spend night together ( I mean sembang2 lepas abis ngajar) sebab dia kena gi KL nak hantar barang kiriman mak dia pada seseorang. Tapi alhamdullilah.. dapat jugak aku bertemu dia. Banyak gak kenangan malam tu berlaku. Yang paling aku terharu, masa sembang2 dalam kereta, dia tak sabar nak update kat FB yang dia kini bergelar Tutor. Aku pesan kat dia bagi gak kredit mention kat aku! Hahah! Masa aku berhenti kat station minyak, lepas isi semua, aku masuk le dalam keta. dari kejauhan aku nampak dia membelek2 something dalam wallet dia. Rupa-rupanya dia tengah mengemas resit bayaran tuisyen untuk malam tersebut. Alah RM30 je untuk dua jam. Dia kata, dia nak frame resit tersebut seolah-olah dia sangat sayang dan menghargai bayaran tersebut. Aku bukan main touching beb! Resit je pun! takde maknanya nak frame-frame! Dia kata, dia suka kumpul resit. pastu dia tunjun berpuluh-puluh resit dalam wallet dia. Memang tebal! hahaha! lawak plak!

Itulah kisah malam pertama dia mengajar di tuisyen aku. Walaupun dia agak ranggi untuk bergelar guru tuisyen, tapi melalu maklum balas bebudak tusiyen, diorang suka kat cikgu A ni. Gojes katanya!! Hahahah...

Monday, December 27, 2010

MANUSIA BUSUK HATI

Kenapa dalam dunia ni ada manusia yang jenis busuk hati yer??? Sakit hati betul la ngan orang-orang macam ni. Aku tak tau apa masalah yang aku buat sampai asyik nak cari pasal ngan aku. Teruk betul la kerja dalam environment macam ni. Aku tak kisah kalau dia pangkat manager atau director. Ni kerani cabuk je pun. aku naikkan skit martabat dia, KERANI KANAN sebab dah keje kat sini berbelas-belas tahun. Aku bukan nak menghina tapi sedar la diri skit. Kakak-kakak aku pun level kerani gak tapi takde le perangai macam ni. Aku sedih betul la. At least respect la aku skit. Walaupun aku muda tapi kena ingat, pangkat aku lagi tinggi daripada ko. Susah payah aku belajar sampai ada ijazah sumer.

Kesnya hari ni.. macam siyot. Memula aku masuk keje sini, takde pun diorang nak jaga kebajikan aku. Aku masuk je, meja aku bersepah-sepah. Meja yang dah nak kena buang dah. Aku gak yang bersusah payah cari meja yang elok skit kat belakang setor nuh. Kusi aku?? Huh.. nanti aku paste gambar kusi tuh.. tengok le sendiri kerusi yang diorang kasi kat aku. Atas keprihatinan ada sorang kakak ni, dia berusaha cari kerusi yang elok skit untuk aku. Kebetulan ada satu kerusi tak pakai dalam bilik meeting. So, dia bagi aku guna. Alih-alih hari ni, akak tu bisik kat aku, Mr. Kerani Kelas Atasan tu kata nak suh aku tukar kerusi 2nd hand kat belakang setor. Kusi tu baru je sampai dari ibu pejabat kitorang. Memang kusi baru sampai tapi bukan kerusi baru yer.. kusi 2nd hand untuk budak-budak praktikal. Sedih la beb... Kenapa time aku bagi notis 3 bulan diorang tak prepare barang-barang aku? Lama tu 3 bulan! Masa aku masuk, aku guna barang-barang terpakai je. percaya tak, sampai sekarang PC yang aku guna ni pun aku login nama staf lain. betapa diorang tak prepare pepe untuk aku.

Aku tak salahkan syarikat ni, tapi aku salahkan sikap-sikap sesetengah manusia yang tunjuk pandai tapi tak berapa pandai. Aku ingatkan diorang level abang-abang (boleh kata abah-abah dah pun) dengan harapan boleh bagi tunjuk ajar sebaliknya bila kita nak tunjuk pandai skit diorang ingat kita nak ajar diorang. Hampes!!! Kitorang bukan nak tunjuk pandai, tapi seiring dengan perkembangan dunia sekarang, sesuai la dengan idea-idea kitorang. Ni tidak, duk guna idea diorang yang dah berbelas-belas tahun. Towards the end, aku duduk je buat keje aku. Time interbiu dulu, macam-macam aku tunjuk kebolehan aku, alih-alih masuk sini, semua kena perap je.

Sedihnya...

MANUSIA BUSUK HATI

Kenapa dalam dunia ni ada manusia yang jenis busuk hati yer??? Sakit hati betul la ngan orang-orang macam ni. Aku tak tau apa masalah yang aku buat sampai asyik nak cari pasal ngan aku. Teruk betul la kerja dalam environment macam ni. Aku tak kisah kalau dia pangkat manager atau director. Ni kerani cabuk je pun. aku naikkan skit martabat dia, KERANI KANAN sebab dah keje kat sini berbelas-belas tahun. Aku bukan nak menghina tapi sedar la diri skit. Kakak-kakak aku pun level kerani gak tapi takde le perangai macam ni. Aku sedih betul la. At least respect la aku skit. Walaupun aku muda tapi kena ingat, pangkat aku lagi tinggi daripada ko. Susah payah aku belajar sampai ada ijazah sumer.

Kesnya hari ni.. macam siyot. Memula aku masuk keje sini, takde pun diorang nak jaga kebajikan aku. Aku masuk je, meja aku bersepah-sepah. Meja yang dah nak kena buang dah. Aku gak yang bersusah payah cari meja yang elok skit kat belakang setor nuh. Kusi aku?? Huh.. nanti aku paste gambar kusi tuh.. tengok le sendiri kerusi yang diorang kasi kat aku. Atas keprihatinan ada sorang kakak ni, dia berusaha cari kerusi yang elok skit untuk aku. Kebetulan ada satu kerusi tak pakai dalam bilik meeting. So, dia bagi aku guna. Alih-alih hari ni, akak tu bisik kat aku, Mr. Kerani Kelas Atasan tu kata nak suh aku tukar kerusi 2nd hand kat belakang setor. Kusi tu baru je sampai dari ibu pejabat kitorang. Memang kusi baru sampai tapi bukan kerusi baru yer.. kusi 2nd hand untuk budak-budak praktikal. Sedih la beb... Diorang ada tempoh tiga bulan sebelum aku masuk company ni tapi kenapa diorang tak prepare barang-barang aku? Lama tu tiga bulan! Masa aku masuk, aku guna barang-barang terpakai je. Sedih je aku tengok work station aku.

Berbeza sangat-sangat ngan tempat lama aku. Percaya tak, sampai sekarang PC yang aku guna ni pun aku login nama staf lain. betapa diorang tak prepare pepe untuk aku. Memang la skang ni aku dah boleh login nama sendiri tapi semua file-file aku duk dalam nama staf lain tu. Banyak gak la file2 aku nak save balik. Dah le bawah meja aku ni berselirat dengan wayar-wayar elektrik, modem, cable komputer, segala wayar la ada! aku rasa kalau opis ni guna tali rapia, kompem tali tu pun ada kot bawah meja aku ni. Terrible!!!! Dengan susunan printer, mesin faks, mesin fotostat dan terbaru mesin scanner sumer duk berbaris kat belakang aku. Takde privacy langsung. Dasyat betul aku kena duk kat sini.

Aku tak salahkan syarikat ni, tapi aku salahkan sikap-sikap sesetengah manusia yang tunjuk pandai tapi tak berapa pandai. Aku ingatkan diorang level abang-abang (boleh kata abah-abah dah pun) dengan harapan boleh bagi tunjuk ajar sebaliknya bila kita nak tunjuk pandai skit diorang ingat kita nak ajar diorang. Hampes!!! Kitorang bukan nak tunjuk pandai, tapi seiring dengan perkembangan dunia sekarang, sesuai la dengan idea-idea kitorang. Ni tidak, duk guna idea diorang yang dah berbelas-belas tahun. Towards the end, aku duduk je buat keje aku. Time interbiu dulu, macam-macam aku tunjuk kebolehan aku, alih-alih masuk sini, semua kena perap je.

Sedihnya...

Tuesday, December 21, 2010

Berangan...

Tengah drive kete tadi kepala otak aku asyik fikir macam-macam. Sambil dengar radio merentas federal highway, aku terfikir kan best kalau aku dapat mencapai impian nak jadi apa yang aku nak. Apa yang aku nak jadi sebenarnya? huhu.. Korang pernah tak terfikir nak jadi apa? Belit-belit plak;-(

Ok lew, kalau la keajaiban berlaku, aku nak jadi:-

1. Pembaca Berita - Aku suka sangat nak jadi pembaca berita. Cita-cita ni dah lama terbuku kat sanubari aku. Paling aku rasa bersemangat dan buat aku nak capai cita-cita aku time aku belajar dulu. Lecturer feveret aku, Cik Shazleen ajar subjek Radio and TV Announcing. Ada satu subjek tu kitorang kena baca berita. Cik Leen kata suara aku sesuai sangat jadi Pembaca Berita. Mak aii... terkezutnya aku! Biar betik? Dia suh aku berusaha jadi Pembaca Berita suatu hari nanti.

Actually dah banyak kali aku try nasib attend audition tapi tak penah nak dapat. Huhu.. Paling penat time audition Penyampai Ikon RTM. Ramai giler orang time tuh. Aku datang kul 9 pagi tapi giliran aku kul 9 malam. Muka memang dah serabai tahap gaban dah! Masuk-masuk je aku tengok muka juri-juri pun cam selenger je. Iye le.. dah 12 jam lebih dok mengadap peserta.. Kalau aku jadi juri pun aku dah muak kot. Takde rezeki. Second, aku try audition kat TV Alhijrah. Erm... sampai skang tak tau pe cer.. Skang ni ada bit rasa malas dah nak attend. Usia dah meningkat. Calon lain pun ramai lagi yang hebat-hebat. Rezeki masing-masing.

Sebenarnya aku tak tau apa kelebihan jadi Pembaca Berita. Yang aku tau muka kita terpampang waktu prime time. Best woo mak aku kat kampung dapat tengok muka anak dia dalam TV. Haha! Tapi bukan le aku nak glemer.. just kepuasan je.. sebab aku memang minat sangat bab-bab public speaking ni. Nak mencapai cita-cita ni, aku jadi pengacara majlis or emcee jer untuk company aku;-[

2. Businessman - Aku minat giler meniaga. Walaupun skang aku ada gak le meniaga skit-skit tapi tak berapa nak puas sebab tak kaut untung mana pun. Tu le.. bukan senang nak senang kan! Sabar.. sabar bro. Selain bisnes yang aku buat ni, aku teringin sangat nak buka resort. Fuyoo.. cayalah! aku teringin nak setup bisnes ni kat kampung aku kat Terengganu. Pantai dia cantik giler. Kampung nelayan katakan. Seronok giler beb.. Bayangkan, hari-hari aku pusing-pusing memantau staf-staf aku buat keje. tengok diorang layan pelanggan, surf makan minum, kemas bilik (housekeeping) dan macam-macam la! Kalau bleh aku nak buat chalet khas atas pokok. Huh... bleh nampak pemandangan. Bleh ke? Kang pokok tumbang macam mana erk?

Resort aku ni kena la ada ciri-ciri tradisional. Taknak arr moden-moden ni. Sebagai permulaan, ada la dalam 20 buah chalet. Pastu ada kolam renang, bilik gym, dewan makan, karaoke dan macam-macam la. lanscape aku buat memang tahap gaban arr. nak lagi happening, kitorang bagi service ronda-ronda kampung secara percuma. Bawak pengunjung naik shuttle bas pusing kampung halaman.

3. Pengarah Filem - Aku pun penah terbayang nak jadi Pengarah Filem. Dasyat kan! Haha.. Aku nak terbit sebuah filem yang very the touching biar penontong nangis layan movie aku. Movie yang aku nak buat tu berkisar cara hidup kita orang melayu ni. Tak pun citer-citer fantasi macam Narnia ke, LOTR, Harry Potter dll. Tapi dalam versi melayu lew. Mesti cara lah! Pelakon pompuan aku nak amik Tiz Zaqyah. Dia hebat arr berlakon especially bab-bab sedih. Kalau laki lak aku nak amik... erm... saper erk??? Tak terfikir plak. Aku tak nampak pelakon lelaki yang best skang ni. Aku buat audition kot, cungkil bakat baru;-P

Erm.. tu le tiga cita-cita impian aku.. alah.. layan je le.. hakikatnya skang ni aku tengah duk dalam opis buat keje-keje PR. Erm.. jadi Public Relations ni pun cita-cita aku gak sebenarnya time aku blaja dulu. Tapi dah nak masuk lima tahun aku praktis keje ni. Dah tepu dah otak aku. Nak gak tukar-tukar angin jadi benda lain. Heheh...

Thursday, November 18, 2010

Sunday, October 31, 2010

REJECTION

Keliru dengan diri. Ntah kenapa aku rasakan begitu banyak 'rejection' menimpa diri aku. Time aku tidak menyukai seseorang, orang itu akan beria-ria menyukai aku. Disaat aku menyukai seseorang, begitu hebat dugaan yang perlu aku hadapi untuk menambat hati orang itu. Paling menyakitkan hati, usaha aku sia-sia. Aku gagal memikat hati orang yang aku sayang dan kasih. Orang itu terlepas begitu sahaja. Sedih kan!

Ya Allah, aku tahu jalan yang aku pilih adalah jalan yang salah. Tapi, aku ingin merasai saat bahagia dan gembira bersama orang tercinta. Aku sedih mengenang nasib aku yang kesepian dan keseorangan. Kenapa? Apa silap dan salah aku? Kenapa tak beri aku peluang untuk aku perbaiki segala kelemahan aku?